Sunday, February 28, 2010 By: kasihibu

Nak kongsi saje

Semalam kami balik kampung sempena cuti Maulidur Rasul, konon nak gerak awal pagilahkan, tp gedebak gedebuk dengan anak2, dengan kemas rumah segala kami gerak jam 1030hrs, sebelum gerak tu kami singgah di bengkel sebab mahu servis kereta enpakwe.

Dalam perjalanan balik tu, sampai di Sepang kami terserempak dengan kumpulan treasure hunt, x pastilah daripada anjuran syarikat ke, kejiranan ke..


Aku: Sayang ada treasure hunt lah, patutlah banyak kereta
Enpakwe: mmm….yang nilah salahnya sikap kita….
Aku: nape?

Enpakwe: ialah Malaysia ni kaya dengan cuti am, jd sepatutnya cuti Maulidur Rasul ni adalah untuk meraikan , menghayati perjuangan Rasul dan bukan keluar berhibur
Nanti orang / bangsa lain boleh pertikaikan kenapa orang Islam Tahun Hijrah, Nuzul Quran, bla..bla…bla boleh cuti dan diberi  cuti am, tp kita tak manafaatkan sepenuhnya peluang yang ada.Sepatutnya bukan untuk berhibur atau bersuka ria, tp meraikan dengan perarakan bla..bla..bla.. ( panjang lebar penerangan enpakwe)

Aku: mmm..betul jugak kan, sepatutnya perarakan tu kena buat juga bg pihak daerah, bukan negeri aje..

Aku: Sayang kenapa x jadi pergi K.L malam ni pulak, ( beliau ada dart game di Cheras)

Tp belum sempat enpakwe jawab, aku dah cantas dulu..

Oppss….mmm..sori dah tahu dah jawapnya…td kita baru bincang ;p

Sampai di Seremban, tengok perarakan dah selesai, Alhamdulillah nampak meriah juga khemah dari dataran S’ban sampai padang MPS tu memang banyak

Semoga kita semua benar benar dapat menghayati erti sebenar perjuangan Nabi junjungan kita .

0 jeJari meNulis: