(selipar 3 henggit...)
Pernah ke tidak anda mengalami kejadian tertinggal kasut/sandal/selipar atau apa sahaja alas kaki yang anda pakai?
Ceritanya gini hari minggu 31hb Mei kami ada 3 buah jemputan kenduri kahwin maklumkan cuti sekolah...
Sampai di rumah pertama jan 1230hrs ..kami bergerak ke rumah ke-2 di Taman Changgang Jaya sampai lebih kurang jam 2.30 jugak mungkin, selepas makan kami singgah ke surau ditaman tersebut untuk solat zohor
lepas makan kami bergerak menuju ke rumah yang ke-3 di Banting
tp nak dijadikan cerita semasa hendak turun dari kereta aku puas mencari sandal yang aku pakai...
Ya Allah.................
Rupanya semasa masuk kedalam kereta aku tanggalkan sandal tersebut dan terus masuk dalam kereta..macam hendak masuk kedalam rumahlah pulak....
Jadinya di rumah yang ke-3 tu enpakwe n anak2 aje yang turun , tp mereka bukan makan pun..sekadar membasahkan tekak dan memenuhi undangan jemputan sahaja...
Kemudian enpakwe tanya hendak ke sana ke untuk ambil sandal ku..
aku cakap x apalah sayang, dah bukan rezeki tu..tp dia kata pergi tengok kalau2 ada lagi.
Sebelum pergi kami singgah ke kedai kasut,aku cakap dengan enpakwe ..
sayang cari slipar yang murah2 aje..3 hingget pun x apa...hasilnya dapatlah selipar diatas tu...
Bila sampai di Taman tu...mmmmm..memang rezeki aku ada lagi
elok aje terletak sandal tu di tempat parking kereta kami
Itulah ceriteranya.......
Selamat pengantin baru kepada semua pasangan pengantin di dunia..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...
0 jeJari meNulis:
Post a Comment