Cerita ibu khas untuk Nur Atika
Adik…ibu masih ingat masa memula ibu di sahkan mengandungkan adik,
Ibu tidak bersedia menerima kehadiran adik
Maafkan ibu sayang
Bukan ibu sengaja, tp mungkin ibu tertekan
Sebab masa tu ayong baru berusia 11 bulan, belum pun masuk setahun lagi
Adik macam macam yang ibu buat untuk menghilangkan adik dari dalam rahim ibu
Tanyalah apa yang ibu tak pernah lakukan kerana cuba menidakan kehadiran adik
Makan nenas muda?
Minum air tebu?
Minum air bergas?
Dan yang paling teruk pernah ibu buat ialah
Masa ibu bawak kenderaan pergi kerja,
Ibu sengaja lalu di bonggol bonggol jalan tu tanpa perlahankan kenderaan yang ibu bawa…
Teruk betul perangai ibu kan…
Kejam betul ibu kan….
Adik…
Walaupun begitu Allah tidak sekali kali mengizinkan ibu menghilangkan adik di dalam rahim ibu
Maafkan ibu adik…
Maafkan ibu……
Adik…
Semasa ibu menulis luahan hati ibu ini
Hati ibu sedih, pedih..dada ibu terasa tertekan
Mengenagkan kembali betapa jahil dan teruknya sikap ibu
Adik…..
Setelah ayah menasihati ibu, kawan kawan menasihati ibu
Barulah ibu menerima kehadiran adik dan
ibu sesungguhnya sangat sangat menyesal dengan segala tindakan ibu terhadap adik…..
Adik, ibu masih ingat lagi
Semasa ayah bertukar di Selangor,
beberapa bulan ibu tinggal di Langkawi bersama adik di dalam kandungan ibu
Masa tu ayah dan ayong sudah berpisah jauh dari ibu dan adik
Hanya tinggal kita berdua saja
Adik, betapa sedihnya hati ibu ketika itu
Balik dari kerja ibu hanya berborak dengan adik
Ibu usap usap perut ibu seperti ibu sedang membelai adik
Ibu menangis..
Ibu ketawa..
Semuanya dari gerak geri adik di dalam rahim ibu
bila ibu berbual dengan adik
adiklah penghibur duka lara ibu ketika itu...
Adik……
Ingat tak sebelum ibu dapat berpindah mengikut ayah di selangor,
Sarat sarat ibu
Walaupun ayah sudah berpesan ..
ibu jangan berkemas apa pun untuk berpindah dari Langkawi ke Selangor masa tu
Tp ibu ni degil
Bila malam, ibu tak dapat tidur
Ibu mulakan operasi mengemas sedikit demi sedikit
Ibu tolak barang barang , ibu tolak perabut2 bawak ke ruang tamu
supaya kalau berpindah senang orang nak mengangkat barang pindah kita tu.
Sedaya upaya ibu gunakan kudrat berkemas tu
Nasib baik tak ada apa apa masalah pada ibu dan juga adik
Sebulan sebelum adik lahir
Ibu dah bercuti sebab ayah tak berapa yakin ibu duduk di pulau tu seorang diri
Mana tahu kalau kalau ibu terbersalin awal dari jangkaan…
Ibu ikut ayah balik ke tanah besar
Lain pulak cerita bila berpindah
Ibu dah tak buat pemeriksaan ulangan
sebab bila ibu pergi ke klinik diorang suruh ibu terus rujuk ke hospital
Lagi lah ibu mengelat nak pergi kan…
Tapi pada suatu hari ibu terasa adik seperti kurang bergerak di dalam perut ibu
Ibu cemas….
Tp ibu masih berdiam tanpa memberitahu pada sesiapa…..
Hati ibu takut…..
Bila ibu takut sangat barulah ibu maklumkan pada ayah tentang perkara tersebut
Tidak berlengah, ayah membawa ibu ke HKL
Bila ibu di periksa selanjutnya,
Denyutan jantung adik adalah sangat lemah
Dan bermakna ibu terus di tahan wad pada hari itu jugak
Adik…..
19hb Ogos 2002 betul betul hampir jam 12malam adik lahir
tp doctor yang menyambut adik mengatakan dia menulis tarikh lahir adik 20hb Ogos
selang sehari dari tarikh hari pernikahan ibu dan ayah
Ibu masih ingat lagi keadaan adik ketika ibu menerima adik ketika itu,
Ayah ada di sisi ibu
Dan kelahiran adik di saksikan sendiri oleh ayah
Adik..
Semasa pertama kali ibu memeluk erat adik
Hati ibu hiba…
Hati ibu sebak
Maafkan ibu adik
Kerana kelalaian ibu
Nyaris nyaris ibu kehilangan adik
Di sebabkan adik terlalu lama ibu biarkan disebabkan ketakutan ibu untuk ke hospital
Muka adik telah biru kerana dililit oleh tali pusat
Ya Allah……….
Maafkan ibu sayang…..
Maafkan ibu………
Adik
ketika itu hati ibu juga berdetik
Ohh……inilah anak yang ibu cuba menidakkan kehadirannya dulu
Betapa bersalahnya ibu terhadap adik…….
Adik ..
Cukuplah cerita kehadiran adik setakat ini dulu
Ada banyak lagi kelemahan ibu
dalam menerima adik sebagai harta yang di amanahkan oleh Allah terhadap ibu
Apa yang ibu harapkan dari luahan ini
Hanyalah
Janganlah ada lagi
Orang lain mengulangi kesilapan yang ibu telah lakukan
Sebab itu,
Ibu selalu menasihati
Ibu ibu yang lain supaya tidak mengulangi kesilapan ibu
Cukuplah untuk catatan ini
Sekadar memberi pengajaran dan sekadar untuk meluahkan
Adik
Betapa naifnya ibu……….
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke- 9 semoga adik menjadi anak yang baik
Yang di berkati dan di rahmati olehNya selalu
Ketahuilah bahawa ibu tetap sayang dan kasih pada adik.
11 jeJari meNulis:
Selamat Ulangtahun Kelahiran Nur ATIKA. SAma umur dgn anak bongsu Kak Azie, 9 juga tahun ini.
Semoga menjadi anak yang cemerlang dan membahagiakan orang tua.
Selamat hari raya...
Assalam..memang adik telah ditakdirkan untuk dilahirkan..alhamdulillah.
siapa yang tahu apa yang kita tahu tetapi dia yang maha tahu ....alhamdulillah redha akhirnya.
k'azie
------
terima kasih..sebaya dgn si bungsu kak zie yg kita jumpa lepas kan?
harap harap macam tu lah, dia ni liat sikit, tak boleh berkasar kena berlembut kalau nak tegur dia.
acik erna
---------
w.salam
bia tengok muka dia, memang rasa bersalah sangat.
assalam..
slmt mnymbut hari lebaran.. moga ceria hndaknya
dia yang istimewa...selamat hari ulang tahun atika..
Manusia mana yg tak pernah berbuat kesilapan, sesungguhnya kita semua adalah manusia yg lemah lagi jahil. Yg penting, kita belajar dari kesilapan itu. Sesungguhnya bagi saya, Sayang Ibu adalah insan yg kuat kerana berani mengakui kesilapan di masa lalu seperti ini.
Semoga Nur Atika menjadi anak yg solehah, insyaallah.
"selamat ulang tahun kelahiran utk Nur Atika..smga menjadi ank solehah..Amin!.."
kak...
daku menangis...uwarkkk
huk huk huk
ibarat cite daku waktu preggy ica...
Post a Comment