Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Friday, May 11, 2012 19 jeJari meNulis By: kasihibu

MEMANG NOSTALGIA SUNGGUH KAN?

Orang kampung macam sya ni, apa je yang tak pernah di makan?
masa kekecik dulu sya lebih banyak duduk di kampung bersama arwah atok dan uwan

Lagilah terserlah kepakaran sebagai budak kampung yang lasak , main dalam hutan, sawah bendang,
tepi tali air, dalam sungai , meriah betul seronok rasanya bila ingatkan suasana masa kekecik dulu.


sumber pakcik google

Siapa kenal ini adalah buah asam kelubi perghh…
cair mulut  tapi sangatlah masam buah tu sya memang tak boleh layan ;p
Tapi teruja lah sangat sebab buah dia banyak di pangkal pokok.


sumber pakcik google

Buah senduduk yang warna unggu tu,
 nostalgia betul lepas makan rasa dia manis manis mulut pun kaler unggulah kiranya

Buah letup leyup yang menjalar warna oren kalau masak
Bila kita makan rasanya masam masam manis macam buah markisa sikit


                                                          sumber pakcik google



 petai belalang pun sedap, masa sya mengandung si kakak chantik
 memang sya suka makan petai belalang ni, tak tahu lah kenapa

Pokok tu kan banyak tumbuh di merata rata belukar,
sya sanggup redah nak makan petai belalang tu, rasa sedap sesangat kiranya masa tu
Hrmmm jadi patutlah si kakak chantik boleh makan petai  macam kunyah kacang je gayanya walaupun sya melarang dia makan petai  (,")

Banyak lagi  makanan nostalgia yang masuk dalam perut sya 
panjat pokok jambu batu putiknya makan dengan garam

panjat pokok jambu air makan dengan sambal kicap
makan limau kasturi cicah dengan asam boi

ermmm..apa lagi ye
lupa lah pulak

Ada apa lagi makanan nostalgia rakan rakan semasa kekecik?
mari kita kongsikan bersama

Dulu dulu je ada nostalgia ni, bebudak sekarang
hrmmmm...anak anak  dara sya yang besar tu  pokok kekabu tu pun dia kata kapas
Ibu..banyaknya buah kapas!!!!!!! 
Wednesday, December 14, 2011 17 jeJari meNulis By: kasihibu

BALIK KAMPUNG......

ni abang sulung mak haji Lajis namanya
 umur ulung sekarang 82 tahun

ni adik sya yang ke-4 kami baru sampai di dusun arwah atok uwan,
pondok tunggu durian pun dah tak serupa pondok dah,
sbb tak ada siapa yang  nak uruskan..sayangnya  :(

sepanjang laluan di dusun arwah ada anak sungai yg mengalir ni,
memenag sejuk dan menyegarkan, dulu dulu masa sya kekecik
 musim durian kami seronok nak tidur di dusun, mandi air sungai ni, berbukit bukit ni
tak dapat sya nak ambik gambar keseluruhan kawasan ni
 tapi memang meriah dusun arwah ni suatu ketika dahulu, semasa arwah masih ada.

ini sahaja rezeki yang kami dapat ,
bayangkan daripada berpuluh puluh pokok durian yang ada,
cuma 2 pokok je yang berbuah lebat
sedihkan tiada penjagaan pada dusun tu



sumber dari fb adik sya gambar2 durian nih


emak sya adalah anak bungsu dari 4 beradik,
yang sulung lelaki , yang 2nd perempuan dan yang ke-3 arwah acik abang mak

Dusun tu tak ada siapa yang menjaganya sebab ulung dah tak berapa larat umur pun dah 82 tahun kan? jadinya sya dah berbincang dengan sepupu  yang lebih dewasa, tentunya mereka adalah anak ulung, sya cadangkan agar kami sepupu sepupu kumpul duit dan jaga semula dusun arwah

Kami nak buat pondok/ rumah kecik bertiang kayu macam tu, dan semak samun belukar2 di dusun tu upah pada orang untuk bersihkan kawasan dusun
enpakwe  dah bagitahu dia sanggup beli kan baja baja untuk di tabur pada pokok buah buahan tu
Kami nak meriahkan semula dusun peninggalan arwah
kami adalah warisan mereka, siapa lagi yang patut menjaga dan mengekalkan tanah warisan tu
kalau bukan genarasi kami sekarang

Harap haraplah usaha sya dan sepupu2 yang lain akan berjaya

Thursday, September 29, 2011 24 jeJari meNulis By: kasihibu

Labaik Allah! Hearing the Call of Allah....


Arwah atok dan uwan pergi ke Mekkah masa sya lahir tahun 1973, Lama kan? masa tu  mereka ke Mekkah dengan kapal laut, lama berbulan bulan di lautan..
Kiranya mereka dulu dulu ke haji ibarat macam berpindah lah, habis segala benda diorang bawak.

Lagi satu dulu dulu kalau orang balik dari haji, memang tak sah kalau tak bawak gelang gulung gulung tu dari mekkah

sya suka sangat, lilit lilit ada warna hitam, warna merah kan?

Tapi sekarang dah tak ada dah, tanya pakcik google pun tak ada gambar nya,
kalau orang lama lama dulu tahulah
selain kopiah, tasbih, kurma air zamzam gelang tu memang sangat di tunggu tungu.


Masa ayah balik dari umrah kalau tak silap  tahun 2004, ayah bawak balik gelang bling bling
tak ada dah gelang gulung gulung lilit tu
kurma, buah apa tah memacam buah kering, coklat, tasbih, air zamzam , celak , cerek ada cawan kecik2 tu , unta yg boleh bunyi bunyi tu, jubah untuk cucu cucu kecik, macam macam lagilah

Sebenarnya sya ada di kampung sekarang ni, lepas zohor ni kami akan bergerak ke Kelana Jaya mak dan ayah akan ke Mekkah Insya'allah
semoga di permudahkan segalanya...

ermmmm...kenapalah entry ni macam tergantung ye?
sebenarnya sya risau dengan keadaan mak yang belum sihat dan sembuh sepenuhnya
sangat risau sabagai seorang anak....
Apa pun semoga di permudahkan segalanya
 dengan izin Nya jua......
Monday, September 26, 2011 14 jeJari meNulis By: kasihibu

MEMORI YANG TAK AKAN LUPUT......


Hari ni sya teringin nak berkongsi serba sedikit kisah kisah hidup sya masa kekecik
Dulu masa sekolah rendah, mak atau ayah sering hantar sya ke sekolah

Kalau mak yang hantar ,  dengan gigih emak mengayuh basikal tengah hari panas  tu,
semata mata untuk menghantar sya ke sekolah

Kalau dengan ayah sya naik motor
Masa tu ayah ada motor Honda 100 tu

ada masanya sya jalan kaki jugak jauhnya lebih kurang 4km lebih kurang
Masa masuk darjah 3 sya dapat basikal

Jadinya pergi sekolah naik basikal beramai ramai dengan rakan rakan sebaya
sya suka berjalan kaki dengan rakan rakan sekolah sambil jalan sambil borak singgah kedai beli aiskrim Malaysia

Masa tu ayah belikan payung sekaki untuk buat pelindung panas dan hujan
Sangat seronoklah dapat sekaki payung yang cantik dari ayah  

Naik sekolah menengah  sya ke sekolah di Gemas  setiap hari dengan menaiki bas,
merasalah berhimpit2, kadang kadang dapat duduk, kekadang tak adanya berdirilah

Letih kena bangun awal, balik pulak lewat, tak lama pun 3 tahun je,
berbagai kisah suka duka jugak lah masa tu

Lepas tu masuk tingkatan 4 sya duduk asrama di Seremban
Sedih weeiiiii...hari pertama tepisah jauh dari mak dan ayah

Sya nangis giler giler punya, sebak je hati ni
Kurung diri dalam tandas asrama
Sebab sangat sangat sedih

Hari minggu adalah yang paling best sebab ada jugak mak dan ayah datang melawat walaupun dalam setahun tu entah berapa kali je mak dan ayah serta adik adik datang melawat

Tp itu adalah saat yg palingggg....... seronok, bangga tu jangan katalah

Kadang anak saudara mak yang datang ambik pada hari minggu tidur rumah dia di Seremban


Masa sekolah rendah tu, sebelum ke sekolah kena makan dulu, nangis nangis nak habiskan nasi, sebab susah nak makan, sekarang ni perangai sya dah turun pada anak dara yg 2nd tu,

Mak suap baru nak makan, samalah dgn si anak dara yang 2nd tu.
Sya ingat lagi mak suruh makan, punya liat sya nak habis makanan tu, lepas  tu sya letak kicap cap ayam tu , terbanyaklah pulak, jadi  hitam pekat, takut mak nampak sya makan laju laju
sampai licin
heheheheheheh...........

Huhuhu...panjang lagi ni memori di alam persekolahan, nanti nantilah kita sambung ye
Memori yang paling manis kan?
Yang lain apa memorinya
Sya nak tahu jugak (,")

Friday, August 19, 2011 14 jeJari meNulis By: kasihibu

JUMAAT YANG BERKAT.........

Setiap tahun pada 19hb Ogos adalah ulangtahun



perkahwinan sya dan enpakwe  (,")
 

Dozen Roses Love Note


  bersama ayah dan bonda
malu maluan perantin itu..(,")

 
Apa yang buat semua yang ada tu menyengeh lebar?
sebab ayat nilah, memang sya tak akan lupakan

enpakwe: Adinda...sudilah menerima sejumlah mas kahwin pemberian dari kekanda

ini semua pak imamlah yang mengajar, enpakwe ikutlah saje!!!!  (,")