antara jiran jiran yang datang
29hb Sept tu sejak pagi lagi
rumah sya tak berhenti di kunjungi jiran jiran sekampung
semua datang nak jumpa mak dan ayah
sebab selepas zohor kami dah nak bertolak dari kg ke kelana jaya.
Sampailah selepas zohor jiran jiran terdekat mula berkumpul masa tu.
bonda tersayang ..R.I.N.D.U.....
sessi makan makan wajib ada..itu pakwe sya sedang minum
Sebabkan sya dah balik ke kampung hari rabu tu dengan kakak yang sulung,
kamilah adik beradik yang mula masak masak untuk di bawa bekal ke KJ
menunya masak rendang ayam menu yang sya rasa leceh
sebab nak kena lelama dekat dapur ( dasar pemalasss)
Adik ipar di Subang tu buat nasi lemak dan sambal sotong
menempel dekat ayah...R.I.N.D.U......
afu dan uwa.. KC dan atok
anak buah ayah peringgat pasal apa tah masa nih
bonda dan si makyong mak teh...
Suasana masa menunggu mak dan ayah masuk berkumpul di dewan
Memang ramai sangat ,
masa nak solat Maghrib tu sesak sesak dekat LTH tu ruang terhadkan?
Masa ni ramai jugak saudara mara ayah dan mak datang untuk bertemu.
masa ni memang merembas laju air mato.....
atok dan uwa bergerak ke dalam dewan
Bila selesai urusan daftar semua para jemaah, terdengarlah panggilan.........
masa tu kami semua bersalam salam bermaaf maafan
air mata jangan cerita lah, tp dalam ramai ramai adik beradik sya tu...
yg memula nangis sya lah
sebab rasa sedihhh sesangat,
kesian dgn mak yang belum berapa pulih sangat lagi
lagi tu sya ni memang kuat nangis dari kecik lagi (,")
Tapi kan...mak dan ayah tenang je...
walaupun mak menangis jugak
bab yg paling sedih kan
bila masa peluk cium mak ayah tu
mereka ucap mohon maaf tu
sebaknya................
sangat sangat sebak.............
Sekarang ni mak dan ayah berada di Mekkah
selepas seminggu berada di Madinah.
Bila ayah cakap Sabtu petang ke Mekkah,
sya pulak yang teruja dan terasa macam nak sangat ke sana juga.
Kenapa ye, line di sana ada masa kita dapat buat panggilan,
tp ada masa sangatlah susah nak dapat..
sudahnya sya menunggu saja panggilan daripada ayah
Semoga semua para jemaah haji mendapat haji yang mabrur
dan di permudahkan segala urusan mereka Amin....
nota: tiada yang lebih teruja dan mengembirakan daripada
mendapat panggilan dari ayah bonda yang berada di sana...................
17 jeJari meNulis:
semoga mak ayah akak mendapat haji yg mabrur....kalau sy pun nangis...huhu..
sya..akak kalau masa hantar ke kelana jaya tu..kurang sikit sedihnya..yang paling sedih.dulu bila arwah mak dah ayah akak pi tu...masa nak turun rumah kan orang azankan..masa tu memang kak tak boleh tahan....memang banjir le..
semuga pekerjaan haji mereka dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur. amin...
Assalamualaikum Kasihibu
moga ibu bapa anda dipermudahkan oleh Allah dan sihat senantiasa supaya dapat beramal dgn sempurna
line disana memang sebuk..kerana berapa juta jemaah ada disana...
Wassalam
semuga mereka selamat pergi selamat mengerjakan haji dan selamat kembali...
touching entri ini..semoga mereka mendapt haji yg mabrur..insyAllah...semoga semua urusan mereka dipermudahkan disana
mak abah min ke mekah bergilir-gilir.. mjula2 mak. pastu abah. tapi memang sayau masa nak lepas kan dorang pergi....
aanie
------
amin...semoganya begitulah
Acik erna
---------
kak...part tu memang ada, cuma tak berapa jelas dlm video tu, jd sya tak masuk dalam blog nih.
ibundo
------
Amin...moganya begitulah hendaknya
atuk
----
w.salam
amin..mudah mudahan begitulah hendaknya
masalahnya telefon ayah dapat pulak, tp mak sya memang tak dapat, tu yg sedih tu.
zino
----
Amin...
Insya'Allah..
semoganya begitulah.
shahromnasrudin
---------------
amin..moganya begitulah hendaknya
min
---
lagi sedih kan? sebab pergi sorang sorang.
mmg sedih lor lepas org pegi haji.
Semoga ibubapa ibusayang selamat pergi dan kembali dan mendapat haji mabrur.
KAK ZAI
-------
amin..terima kasih
Post a Comment