Thursday, May 16, 2013 1 jeJari meNulis By: kasihibu

Kasih sayang rindu dendam seorang anak dan seorang ibu

Kisahnya anak anak dara sya yang tinggal di asrama yang sebelumnya pasti akan menghubungi sya setiap jumaat petang,pagi sabtu dan ahad

Tapi nak di jadikan cerita seminggu selepas anak anak syurga ni balik ke asrama tidak pulak seorang pun hubungi sya atau enpkwe

sya memang tertunggu tunggu betul,rindu sangat tertanya tanya 
kenapa  anak anak ni tak hubungi langsung sebab sebelum ni tak pernah diorang buat macam tu

Jadinya minggu ke dua diorang masih tak hubungi sya atau enpkwe,
 terus sya ajak enpkwe pergi melawat anak anak 

Hari sabtu tu  kami pergi melawat diorang
macam drama lah jadinya anak anak nampak kelibat ibu 
ibu nampak kelibat anak anak tumpah meruah air mata
memang tak tertahanlah

sya tanya kenapa tak hubungi ibu
rupa rupanya ada kawan diorang yang pinjam duit syiling yg sya bekalkan tu untuk hubungi keluarga diorang
tak boleh nak kata apalah kan....
anak anak sya ni memang jenis pemurah kesian ke orang

Bila sy tanya tak rindu ke ibu ke?
rinduuuu....tp tak ada syiling nak telefon

Sabtu ni hari lahir ayong yang ke 12 tahun
sya cadang nak buat roti jala,goreng mee hoon dan kuetiaw dan juga buat donat serta bawa kek untuk raikan hari lahir ayong 
Insya'allah
Tapi sya tak bagitahu pun pada ayong sebab takut ada hal di akhir akhir masa tu 
nanti hampa pulak si anak kan?
mogalah sya dapat melawat mereka hari minggu ni
mudah mudahan....


Sent from Samsung Mobile

PENGAJARNYA ADALAH GURU...


:. SAJAK GURU OH GURU : USMAN AWANG 1979 .:


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.




P/S : SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU GURU DAN BEKAS GURU
JASA MU TETAP DI HARGAI...


Sent from Samsung Mobile